>

Sunday, April 16, 2006

Tentang OIC

isu: OIC tak boleh buat apa2

tak ler sampai tak boleh buat apa2.banyak menda boleh buat kalau nak buat... paling mudah tinggatkan kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan antara negara2 OIC. Yang kaya bantu yg miskin. Yg pakar dalam satu2 bidang tolong yg kurang pakar.

Itu semua boleh menaikkan taraf masing2. Lagi satu nak menilai OIC ialah melalui apa yg telah mereka putuskan dalam satu2 persidangan. Tengok satu2 apa yg mereka setuju nak buat. Kedian tengok ada buat atau tidak. Kalau buat setakat mana buat. Kedian nilai kejayaannya.

Dari situ kita bolehlah nilai OIC secara objektif.Tak bolehlahi nilai OIC dengan berdasarkan apa yg mereka cakap saja, atau apa yg Malaysia cakap. Adalah perkara biasa kita cakap yg baik2 yg muluk2. Anggap saja itu sebagai pernyataan keinginan dan semangat. Kalau nak jadi pemimpin tetapi awal2 dah cakap kita tak mampu, atau kita setakat nak buat sekadar yg mampu, itu pemimpin takda visi.

Nilai sebenar ialah setakat mana usaha dibuat ke arah itu. Bercakap lantang tapi kedian tak buat apa takda gunanya juga. Sekali dua org dengarlah. Tapi kalau dah selalu apa jadi? Lagipun dalam dunia sekarang org tak pandang lagi dah pemimpin yg hanya pandai bercakap lantang. Kita tak perlu lagi pemimpin macam sukarno ka, Nehru ka, Gamal Nasir ka yg bercakap puhhh... memang naik semangat.

Dulu musuh mereka semua jelas, iaitu penjajah. Sekarang musuh masing2 dah tak jelas... musuh kita adalah kawan kita juga. Kawan kita juga adalah musuh kita juga.... semuanya dah blurrr..... jadi setiap kali kita kutuk org atau negara lain, setiap kali itulah kita kutuk musuh dan kawan sekaligus.

Contoh kalau Tok Det dulu kutuk US, kita nak kata dia kutuk musuh atau kutuk kawan? Fidel castro Cuba dan Muammaf Ghadafi Libya yg dulu bukan main lantang pun sekarang dah senyap... tentulah ada sebabnya.

Jadi untuk lebih adil dalam penilaian kita, eloklah Cak..aaa berikan sini apa yg Malaysia pernah cakap dulu waktu ambil alih jadi pengerusi OIC. Kemudian berikan kat sini apa yg telah Malaysia buat sepanjang beberapa tahun pegang jawatan itu. Kita tengok ada kemajuan atau tidak. Kalau tidak semuanya hanya berdasarkan anggapan kita saja. Assumption is as good as an a**.

************************
Dunia sekarang dah jadi dunia global. Hubungan antara negara2 bukan lagi berasaskan ideologi dan politik. Jadi pertubuhan negara2 yg berasaskan pada pakatan ideologi dan politik dah tak jalan. Berasaskan agama pun susah.

Sekarang masing2 mengarah kepada kepentingan ekonomi bersama. Dari sini kita boleh agak setakat mana OIC itu berkesan dan bidang apa yg sepatutnya diberi penekanan.

Pak Lah bukan `khalifah' org Islam. Malaysia bukan pemimpin org2 dan negara2 Islam di dunia. Konsep khalifah dan kepimpinan umat itu tak ada lagi sekarang.

Malaysia hanya pengerusi suatu pertubuhan, dan berfungsi lebih sebagai pentadbir dan penyelaras. Malaysia hanya boleh bergerak menurut apa yg dimahukan dan diputuskan oleh negara2 ahli sahaja, bukan main ikut kepala dan otak dia sahaja.

Setiap negara Islam mempunyai kepentingan masing2. Pendirian mereka macam2. Kawan dan sahabat mereka pun macam2. Yg jadi sahabat kita boleh jadi musuh pada yg lain dan begitu juga sebaliknya. Taraf dan sistem ekonomi mereka berbeza to the extreme. Masalah2 mereka tak boleh nak cakaplah. Masalah dalaman pun sgt rumit. Dari segi geografi mereka tersebar dan berterabur. Jadi yg menyatukan mereka hanya satu... agama.

Jadi dalam keadaan sebegini mereka hanya boleh buat dan laksanakan perkara2 yg common antara mereka sahaja, seperti kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

Dalam menyatakan pandangan pertubuhan pun kena berhati2 supaya ia dapat menggambarkan pendirian umum yg boleh mewakili semua negara anggota.. Contohnya tak patut kalau Malaysia atas nama OIC beri amaran pada dunia supaya jgn usik Iran dgn program nuklearnya. Kalau usik, OIC akan bertindak balas. Itu bukan saja meletakkan negara2 anggota OIC dalam serba salah sebab tak semua negara Islam khususnya negara2 Arab yg suka dengan cara Iran, malah ia akan membahayakan kedudukan semua negara Islam yg lain.

Jadi jgn berharap tinggi sgt dgn OIC, juga pengerusi terutama dalam isu2 antarabangsa. Persamaan kita hanya agama. Yg lain2 kita berbeza. Kita tak serupa.

0 Ulasan. Terima kasih.

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama