>

Sunday, April 16, 2006

Wafa Sultan


Susah juga nak nilai Wafa Sultan ini. Bergantung banyak pada siapa kita dan apa pendirian dan persepsi kita terhadap agama kita (Islam).

Walaupun apa yg dikatakannya mungkin ada substance tetapi dia sendiri telah mengisytiharkan dirinya `secular human being' dan tak percaya pada perkara `supernatural'.

Sekular bermakna perkara berkaitan agama dan kepercayaannya adalah hal peribadinya. Tak ada siapa boleh mempersoalkan apa yg dipercayainya.

Supernatural ni ada kaitan dengan Tuhan. Bila dia tak percaya pada supernatural besar kemungkinan dia tak percaya pada/adanya Tuhan. Adakah dia seorang athies? Maka itu ada ditanya sama ada dia heretic... iaitu sesat atau tersasar dari agama.

Bagi sebahagian org mungkin Wafa Sultan telah kehilangan hak untuk bercakap tentang Islam dengan statusnya yg begitu. Cuma satu yg mungkin agak mengelirukan, iaitu sama ada Wafa Sultan ini sebenarnya menyerang Islam ataupun menyerang interpretasi yg salah tentang ajaran Islam, iaitu penganut Islam.

Beliau ada diquote mengatakan yg beliau mencari tuhan lain sebab tuhan Islam itu `monsterous'. Saya tak tahu sama ada tuhan itu tuhan agama lain ataupun tuhan Islam tetapi dengan `wajah' yg lain.

Bagaimana saya hendak menilainya?

Jika saya percaya yg Islam itu adalah agama keamanan, agama yg penuh toleransi, agama yg menyanjung tinggi manusia dan kemanusiaan, bahawa kekerasan dan pembunuhan itu bukan anjuran Islam, Islam agama keselamatan, agama rahmat alam, agama yg inklusif (mengakui kewujudan dan hak beragama org lain), bahawa Islam sentiasa menganjurkan dialog, kita bukan wakil tuhan di dunia, maka saya akan anggap apa yg diperkatakan oleh Wafa Sultan itu ada kebenarannya.

Kritikan Wafa Sultan akan saya ambil sebagai teguran membina dan membuat pembetulan diri mana yg perlu. Saya juga pasti kagum dengan keberaniannya yg menyongsong arus itu.

Tetapi jika saya percaya bahawa Islam itu adalah satu2nya agama yg benar lalu menjadikannya eksklusif dengan menafikan hak org lain untuk menganut agama lain, atau saya percaya misi kita di dunia ini ialah untuk menghapuskan kebatilan (kewujudan agama lain selain Islam), bahawa semua agama dan org bukan Islam adalah musuh dan perlu sentiasa diperangi, atau paling tidak hendaklah sentiasa tunduk pada kita, bahawa jihad bermaksud memerangi mereka, bahawa org bukan Islam jikapun tinggal dan menjadi warganegara di negara Islam tetap tergolong sama ada dhimmi atau harbi, atau saya percaya bahawa hanya ada satu saja interpretasi tentang Islam yg betul... iaitu interpretasi saya atau golongan saya sementara yg lain sesat atau paling tidak menyeleweng, maka Wafa Sultan adalah musuh saya dan patut diperangi, atau perlu dibunuh sahaja.

Buat masa ini sukar untuk saya menyatakan pendirian sehingga saya pasti siapa dan apa matlamat Wafa Sultan itu. Walaupun begitu saya yakin hanya pendekatan ilmiah dan rasional saja cara paling baik untuk `melawan' Wafa Sultan. Itupun jika kita tidak bersetuju dengannya.

Jika kita bersetuju maka kita juga perlu membuktikan bahawa kata2 beliau itu benar. Seperti kebiasaan yg berlaku pada org2 yg melawan tradisi Islam, diberitakan nyawa Wafa Sultan telahpun terancam kerana pendiriannya dan `keceluparannya' itu. Suatu tindakan yg saya tak setuju langsung.

Jika kita percaya Islam itu benar dan Islam itu tidak seperti yg dianggap oleh Wafa Sultan, mengapa kita tidak saja menyatakan kebenaran itu secara rasional dan ilmiah. Masakan kita telah kehilangan sifat berilmiah dan rasional itu?

1 Ulasan. Terima kasih.

Pada 9:22 PM, Blogger Unknown menulis:

Ashadualla illahillah waashhaduana muhammadarasullulah.

Assalamualaikum,

Saya percaya dengan sesungguhnya bahawa allah adalah satu-satunya yang saya sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh allah.

 

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama