>

Sunday, April 16, 2006

Demokrasi demonstrasi

Penulis itu adalah penganut fahaman `demokrasi terpimpin'... hahahah

Kita patut benarkan semua orang menyatakan pendapat mereka dengan apa cara yg mereka fikirkan sesuai. Itu ideal demokrasi.

Tulisan, syarahan malah demonstrasi adalah alat2 menyatakan pendapat... kena beri ruang dan kena terima... Soal setuju atau tidak dengan pendapat mereka itu soal lain... yg penting berikan mereka ruang untuk menyatakan pendapat. Seperti kata seorang bijak pandai: saya akan mempertahankan kebebasan anda untuk menyatakan pendapat anda walaupun saya tak setuju dengan pandapat anda.

Kalau kita perhatikan demo di mana2 pun sekarang adalah demo matang dan aman. Walaupun ada yg berakhir dengan keganasan tetapi itu bukan bermakna kita patut menghalang, apalagi melalui undang2 seperti di Malaysia. Demo tidak boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah. Sesiapa yg mengakibatkan kerosakan harta benda atau nyawa bolehlah dihukum.

Selama umno memerintah, rakyat sebenarnya dididik di bawah projek jika mengikut kata seorang aktivis "projek pembodohan Umno". Hasil projek tersebut ialah seperti penulis surat di atas. Alam siber adalah entiti baru dalam demokrasi... sama halnya dengan media akhbar, radio dan tv. Banyak kajian telah dibuat mengenainya, terutama dari aspek peranannya dalam `ruang awam' seperti yg dianjurkan oleh ahli falsafah terkenal Jurgen Habermas. Malah menurut seorang pengamat reformasi di Malaysia dari US, E. Weiss, internet, walaupun ada sisi negatifnya, telah memainkan peranan besar di dalamnya.

Malangnya banyak org2 yg telah lulus dalam projek pembodohan tersebut terus merasa mereka dan kerajaan yg mereka dokong terancam dengannya lalu mencari jalan mudah: kawal dan kekang laman web yg menyiarkan pendapat berbeza dengan kerajaan. Lalu mulalah dimainkan salah satu alat politik mereka, iaitu `politics of fear' dengan menggunakan istilah2 seperti pengkhianat dsbnya.

Kebebasan bersuara adalah tunjang demokrasi.

0 Ulasan. Terima kasih.

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama