>

Sunday, April 16, 2006

India muslim mintak jadi melayu

Sebagai melayu aku pun tak setuju tuntutan kimma mahu indian muslim diiktiraf sebagai melayu kecuali mereka yg dah assimilate jadi melayu dengan mengamalkan budaya melayu melalui perkahwinan. Suatu proses semulajadi.

Indian muslim juga sukar untuk dianggap sebagai bumiputera, di lihat drp sudut apapun.

Pada saya tuntutan Kimma tak lebih sekadar mahu menikmati keuntungan politik dan kemudahan yg diberikan kepada melayu dan bumiputera.

Saya pun tak pasti sama ada Kimma layak mewakili seluruh India muslim di Malaysia. India muslim yg ada di forum ini pun nampaknya tak setuju dengan Kimma.

Mungkin Kimma perlu tumpukan usaha untuk menyedarkan kerajaan tentang adanya kumpulan minoriti yg perlukan pembelaan khusus... tanpa menggunakan keistimewaan sebagai melayu atau bumiputera. Itu akan lebih berhasil dan berwibawa drp menggunakan pendekatan menuntut jadi melayu atau bumiputera. Title `Melayu' bukan tongkat musa atau tongkat sakti. Ia hanya tongkat kayu yg semakin reput...hehehe... yg bagi sebahagian orang melayu sendiri menjadikan melayu orang2 yang tempang.

0 Ulasan. Terima kasih.

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama