Survey NST: Prejudis perkauman
Survey itu menyatakan dua perkara penting:
1. persepsi kita terhadap org lain
2. persepsi kita terhadap diri kita sendiri.
Berkaitan 2, kemungkinan ia benar sangat besar sebab kita menilai diri kita sendiri. Tetapi berkaitan 1 ia tak semestinya benar tetapi tak banyak sedikit tentu ada kebenarannya terutama jika persepsi itu terbentuk hasil pengalaman, pandangan dan pengetahuan kita sendiri.
Persepsi tak beralas pun ada juga, yg semata2 bergantung pada apa yg biasa org lain cakap.
Prejudice perkauman adalah suatu hal yg tak mungkin terhapus atau dihapuskan. Kita mampu mengurangkannya sahaja melalui pembelajaran dan pengalaman positif. Melalui pembelajaran kita diajar tentang budaya kaum lain, di sekolah misalnya. Pengalaman positif melalui interaksi, pergaulan antara kaum.
Dominasi satu2 kaum ke atas yg lain dalam satu2 bidang atau semua bidang juga boleh menyuburkan prejudis. Contohnya melayu yg mendominasi politik lalu mempergunakannya untuk menjaga kepentingan melayu tentu saja membuat org lain beranggapan melayu itu `malas' sebab semuanya sudah tersedia untuk mereka. Kena akui juga political protection memang buat melayu malas, dalam pengertiannya yg luas.
Begitu juga Cina yg mendominasi ekonomi membuatkan org lain merasa mereka hanya peduli pada duit. Apalagi kalau bukti umum menunjukkan mereka tak begitu peduli pada org lain yg miskin, yg kebetulan terdiri dari kaum lain. Duit dan kuasa ekonomi malah diguna untuk memerah kuasa politik yg ada pada kaum lain semahu2nya.
Jadi jika persepsi dalam survey itu terbentuk hasil pengalaman, pandangan dan pengetahuan kita sendiri, yg memberi maksud persepsi itu ada kebenarannya, then we need to do something about it... iaitu memperbetulkan kesilapan dan kekurangan masing2.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama