`Lelaki Komunis Terakhir' dan jiwa kerdil.
Seorang pemimpin besar hari itu ada bercakap tentang mewujudkan `towering Malays'ke apa... gitulah.
Seorang lagi pemimpin dari kandang yang sama ada berbicara tentang Melayu glokal ke atau gloatal... lebih kurang begitulah.
Great.
Lalu tergambarlah dalam kepala saya betapa teguhnya bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya yang... ya, seolah-olah bangunan istana seorang diktator Eropah Timur yang tidak sempat didiaminya apabila dia sendiri disembelih oleh rakyatnya.
Juga terbayanglah bangunan Masjid Putra dengan dekorasi dalaman motif awan larat Melayu jati di tepi tasik Putrajaya dan khutbah-khutbahnya yang kontemporari setiap Jumaat.
Ternampak juga akan betapa teguh dan tingginya bangunan berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang mencanak-canak naik ke langit.
Puh... Great. Great.
Tergambarlah juga betapa megahnya Bangunan Parlimen yang berkilau-kilau lantai dan dinding jubinnya setelah diubahsuai itu, suatu tanda dan manifestasi akan wujudnya demokrasi dan kebebasan.
Kemudian terbayang jugalah betapa gagahnya angkatan tentera dan polis negara semasa berarak di Dataran Merdeka, berderap-derap dengan Scorpion dan M16, bergegar telinga dengan F18 dan MIGnya, dengan sejarah keberanian dan kecekapan mereka yang sering diwar-warkan kepada seluruh generasi rakyat, semuanya demi mempertahan negara, bangsa dan agama.
Juga IPT-IPT yang berselerak di seluruh negara yang dikatakan mampu menghasilkan beribu-ribu manusia terdidik setiap tahun, juga tempat berkubang para cendekiawan bangsa, suatu tanda kemajuan dan ketinggian ilmu pengetahuan.
Dan tentunya terbayang juga betapa harmoni dan makmurnya hidup rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini dengan sejarah setengah abadnya.
Sementara itu sebuah parti politik yang memerintah semenjak merdeka sedang sibuk bersiap untuk sambutan 60 tahun usianya dan hebat berbicara tentang keteguhan prinsip, ideologi dan perjuangannya selama itu.
Wow... Great. Great. Great
Tetapi di sebalik semua kehebatan itu rupa-rupanya tersimpan suatu rahasia yang tidak mampu disembunyikan lagi... jiwa yang kecil dan kerdil.
`Lelaki Komunis Terakhir' oleh Amir Muhammad akhirnya dilarang tayang juga.
Dokumentari yang tidak beberapa minit itu pun begitu amat ditakuti rupa-rupanya.
-------------------------------------------
ii) Larangan ini adalah suatu manisfestasi jiwa kecil dan kerdil, yang sekian lama disumbatkan ke dalam kerongkong dan dipasakkan ke dalam minda kita semua. Jiwa yang sentiasa takut akan bayang-bayang sendiri sehingga sejarah sendiri dinafikan.
Menghadapi sesuatu dengan cara mengunci diri, lalu duduk dalam tembok yang kita sangka kukuh dan teguh bukanlah cara terbaik dalam membina jati diri bangsa. Sampai bilakah jiwa kerdil begini perlu diterapkan dalam diri bangsa kita?
Keberanian apa sebenarnya yang ada pada kita sedangkan untuk melihat dan mengimbas sejarah kita sendiripun kita tewas dan menggelabah?
Sejarah ini hanyalah sejarah pertentangan antara dua kelompok dengan dua ideologi yang berbeza. Dalam pertentangan itu komunis telah tewas. Bukan saja di sini tetapi di mana-mana di dunia ini.
Komunis dan komunisme tewas dalam pertentangan ideologi, kuasa dan hegemoni. Komunis yang masih ada kini telah luntur sifat-sifat komunismenya khususnya dalam memaksakan suatu tesis dalam dialektik sejarahnya. Ketewasan dan keruntuhan komunisme sebagai ideologi dan kuasa telah membuat Fukuyama berkesimpulan bahawa sejarah pun telah berakhir.
Lalu apa yang perlu kita takuti lagi?
Tajuk dokumentari Amir Muhammad itu sendiri - `Lelaki Komunis Terakhir'- telah memberi semacam gambaran akan ketewasan komunis a.k.a Chin Peng dalam perjuangannya, walau apa sekalipun bentuk dan isi dokumentari itu. Tidak bolehkah kita menganggap bahawa Amir Muhammad hanya menceritakan sesuatu yang telah pasti dalam sejarah... seorang pemimpin dan ideologinya yang telah tewas dan perjuangannya telah berakhir?
Lalu apa lagi yang perlu kita takuti pada seorang pejuang lawan yang telah kecundang di tangan kita sendiri?
Atau mungkinkah sebenarnya masih ada lagi tersimpan rasa ngeri dan takut kita kepada pemimpin itu, yang sejarahnya kita anggap masih belum berakhir?
Tindakan sebahagian pemimpin politik semasa, yang tua dan yang muda, bekas-bekas pemimpin, pejuang-pejuang bangsa, pasukan keselamatan dan sebahagian rakyat dalam menghadapi sebuah dokumentari 90 minit tentang seorang yang telah tewas dalam perjuangannya amat menyesakkan fikiran dan nafas saya.
Sukar untuk menerima dan mempercayai jiwa kecil dan kerdil ini.
Maybe we should reserve, at least for now, our applause for the victory against the communists. It seems that some of us especially those at power, have yet to retain or regain their guts and balls, if ever there were any.
2 Ulasan. Terima kasih.
testing
For more comprehensive news reports & comments, go to my blog :)
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama