Eksistentialisme Sarte
Eksistentialisme ialah suatu fahaman, jika menurut Jean Paul Sartre (gambar), bahawa kewujudan (eksistensi) manusia itu hadir mendahului zatnya (esensinya, naturenya, fitrahnya). Ini berseberangan dengan fahaman bahawa manusia adalah realisasi dari konsepsi tertentu yang berada dalam pengertian ilahi, iaitu manusia memiliki kudrat tertentu (human nature).
Jelasnya menurut Sartre pertama-tama manusia itu wujud/ada/hadir (exist) di dunia, menjumpai dirinya dan baru setelah itu mendefinisikan dirinya siapa. Jika manusia sebagai eksistensialis melihat bahawa dirinya itu belum ditentukan, hal itu adalah kerana pada permulaannya dia memang bukan apa-apa (nothing). Dia tidak akan menjadi apa-apa sampai tiba saatnya ketika ia menjadi apa yang ia tentukan sendiri.
Inilah prinsip pertama dari eksistensialisme: Manusia tidak lain tidak bukan adalah dia yang menentukan dirinya sendiri mahu jadi apa.
“Man is nothing else but what he purposes, he exists only in so far as he realises himself. He is therefore nothing else but the sum of his actions, nothing else but what his life is.”
Bagaimana dengan tuhan?
Bagi Sartre, tidak akan ada satu perubahan apapun jika kita masih menganggap bahawa Tuhan itu ada. Jika kita mahukan kembali norma-norma seperti kejujuran, kemajuan dan kemanusiaan, Tuhan harus dibuang jauh-jauh, sebagai sebuah hipotesis yang sudah usang dan yang akan mati dengan sendirinya. Jika Tuhan tidak ada, maka segala sesuatu akan diizinkan, katanya.
Bagi Sartre nilai humanisme pada era sebelumnya dianggap belum cukup radikal sebab masih mengandaikan adanya nilai-nilai yang ditentukan dari luar diri manusia itu sendiri: dari tuhan, dari Realiti Tertinggi, ataupun dari norma-norma buatan manusia yang disucikan.
“A man is no other than a series of undertakings that he is the sum, the organisation, the set of relations that constitute these undertakings.”
Jadi manusia bertanggungjawab atas segala sesuatu yang ia lakukan. “Action” (tindakan) adalah kata utama Sartre yang ditujukan pada kita semua guna memberi makna pada kemanusiaan. Action dan bukan quietism.
Konsepsi kedua Sartre ialah yang menyangkut martabat manusia itu sendiri – manusia bukan objek tetapi subjek. Sartre mahu membangun kerajaan manusia, yang punya nilai-nilai yang berbeza dari dunia material (materialisme), yang ditolaknya.
........................
Tentang existentialisme:
Umumnya terbahagi kepada dua. Pertama religious existentialism - masih percaya Tuhan.. pendokongnya seperti Kierkigaard dll. Walaupun ada orang kata bahawa jenis ini tidak mungkin wujud sebab ia bertentangan dengan konsep existentialisme itu sendiri, tetapi unsur-unsur agama itu masih tetap ada. Ada sebahagian memanggilnya neo-orthodoks... melihat existensi melalui perspektif agama.
Kedua ialah athiestic existentialism - tidak percaya adanya tuhan... pendokong utamanya Sartre.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama