>

Sunday, April 16, 2006

Islam dan budaya


Tuhan jadikan manusia ini berbangsa2.... supaya kita saling mengenal.

Apa identiti bangsa? Bukan setakat warna kulit, tetapi termasuk budayanya.

Jika kita kaji orang2 Islam sendiripun sehingga kini mereka tidak pernah menjadi masyarakat yang homogenous. Melayu Islam tetap berbeza drp keling Islam, keling Islam tetap berbeza drp cina Islam, cina Islam berbeza drp melayu Islam dan melayu keling cina Islam berbeza drp arab Islam misalnya.

Jika kita terima kebenaran sejarah, maka kita kena akui bahawa Islam tetap mendokong kepelbagaian bangsa... yang identitinya seperti saya kata di atas adalah budayanya, yang dipengaruhi atau ditentukan antara lain oleh faktor geografi, kepercayaan dan pandangan hidup. Mudahnya memang begitu kehendak Tuhan walau sekuat manapun kita cuba mengubahnya.

Jadi budaya dan Islam itu adalah dua entiti yang berbeza.

Jika Islam dianggap sebagai cara hidup, maka budaya adalah entiti di dalamnya. Yang lain termasuk `agama Islam', jika agama itu diistilahkan sebagai suatu sistem kepercayaan dan ritual yang berkaitan dengannya. Hukum2 dan undang2 agama juga antara komponennya. Begitu juga dengan pandangan hidup (world-view). Tidak lupa sistem masyarakat dan pemerintahan. Setiap entiti itu tentulah saling mempengaruh atau bersatu dalam ikatan2 tertentu yang membentuk suatu cara hidup Islam tadi.

Saya percaya Islam tetap mendokong budaya sesuatu bangsa... kerana identiti bangsa antara lain adalah budayanya. Jadi budaya hendaklah dikaitkan dengan bangsa dan bukan agama. Yang ada adalah budaya Melayu, budaya Arab, budaya India dan seterusnya. Tetapi bukan budaya Islam. Islam hanyalah unsur yang mempengaruhinya.

Sukarnya ialah bagaimana mahu membentuk atau menentukan suatu hubungan simbiosis yg terbaik antara semua entiti tadi. Ia bergantung banyak kepada berapa kuatnya penekanan diberikan kepada setiap satu entiti itu. Bagi saya kombinasi yang berbeza2 itu yang memberikan identiti kepada bangsa itu, dan akhirnya kepada kepelbagaian cara hidup.

Yang akhirnya membawa saya kepada kesimpulan bahawa istilah `cara hidup Islam' atau `Islam itu cara hidup' adalah suatu generik, yang bersifat umum saja. Kita tidak mungkin mendefinisikannya secara tepat atau menjumpainya dalam bentuknya yang tulen di alam nyata. Ini kerana Islam diturunkan kepada manusia yang memang Tuhan jadikan berbangsa2 (yang identitinya adalah budaya).

0 Ulasan. Terima kasih.

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama