Demokrasi dan kebebasan bersuara
Orang selalu berfikir bahawa pilihanraya itu adalah demokrasi... tetapi bagi saya ia hanyalah salah satu enjin demokrasi. Demokrasi lebih besar dari sekadar pilihanraya, yang tujuan utamanya hanyalah untuk memilih kerajaan.
Orang juga selalu fikir bahawa pilihanraya itu untuk memilih DAN menjatuhkan kerajaan. Tetapi pada hakikatnya pilihanraya itu HANYA untuk memilih kerajaan, bukan untuk menumbangkan kerajaan, kerana pada waktu pilihanraya tidak ada kerajaan yg memerintah... yang ada kalau di Malaysia dipanggil care-taker government sahaja. Jadi tidak ada apa yg boleh ditumbangkan.
Jadi bagaimana caranya untuk menumbangkan kerajaan yg telah hilang wibawa dan legitimasinya sebelum penggal pemerintahannya tamat? Perlukah tunggu sehingga waktunya habis dan sementara itu rakyat terus2 tertindas?
Bagi saya itu perlu ditentukan oleh rakyat... melalui desakan massa. Kerajaan yang gagal menyempurnakan tanggungjawab pada rakyat, yang korup (bukan semata2 rasuah tetapi termasuk amalan2 kronisme, kulusi dll. amalan buruk) walaupun pada asalnya dipilih sendiri oleh rakyat, perlu diganti bila itu dirasakan perlu oleh rakyat. Tentunya kerajaan itu akan mempertahankan kedudukannya bermati2an. Dalam keadaan demikian rakyat juga perlu mendesak bermati2an supaya kerajaan itu dibubar dan pilihanraya baru diadakan. Kerajaan yg faham konsep demokrasi tentu saja akan berbuat demikian jika merasakan rakyat perlukan perubahan. Kalau mereka yakin mereka benar, maka kerajaan itu perlu mendapatkan mandat baru drp rakyat. Dalam kebanyakan demokrasi matang itulah yg berlaku.
Jadi dalam demokrasi tulen suara rakyat itu hendaklah sentiasa boleh didengar.... melalui kebebasan bersuara. Tetapi jika kebebasan itu disekat, dalam amalan di Malaysia bukan sahaja melalui undang2 malah melalui sarana2 demokrasi seperti media dan lain2 termasuk hegemoni kuasa pemerintah, maka suara rakyat telah didistort. Paling celaka jika yang kedengaran hanya suara dari atas... one way traffic sahaja. Maka pembodohan pun berlaku. Korupsi berkekalan. Dengan itu kuasa menurunkan kerajaan hilang terus dari rakyat. Kenalah tunggu pilihanraya akan datang yg tentunya akan santak penggal. Dan rakyat yg telah diperbodohkan sangka mereka berada di tangan pemegang tongkat ajaib. Pusingan itu pun berterusan.
Inilah yg ada dan berlaku di Malaysia. Kita sebenarnya tidak ada peluang untuk menurunkan kerajaan kerana kuasa yang diberikan oleh demokrasi itu telah dirampas drp kita oleh pemerintah.
Cuba berikan rakyat kebebasan itu... kerajaan yg korup pasti akan menerima bahang dan padahnya.
...............
Saya kata proses pembodohan oleh umno/kerajaan ini kesannya merata. Semua orang terkena.
Orang2 yang sangka dia tak bodoh pun bila kita singkap selubung dia, kita boleh nampak yang dia pun bodoh juga.
Contohnya apabila kutuk kerajaan dia guna konsep kebebasan bersuara, bila orang kritik dia, dia akan cuba tutup mulut orang itu... kebebasan bersuara tiba2 hilang lesap entah ke mana apabila terkena pada diri sendiri.
Jadi apabila kita percaya pada kebebasan bersuara, kita perlu pegang yang hak itu memang hak kita, juga hak orang lain. Semua orang ada hak itu. Dengan itu adalah suatu tindakan tak bertanggungjawab dan berlawanan dengan konsep tersebut apabila kita cuba menafikan hak orang lain itu terutama apabila tertuju pada kita.
Bukan mudah sebenarnya menegakkan sesuatu hak itu, terutama hak orang lain. Kita gemar condong bertindak merampas hak itu daripada mereka.
Orang yang begitu bagi saya lebih kepada bodoh, bukan hipokrit.
1 Ulasan. Terima kasih.
sekiranya kebebasan diberikan tanpa limit ia akan merosakkan negara seperti yang berlaku sekarang rusuhan kaum.Jika kita terlalu bebas tanpa had maka akan berlaku huru-hara.Demokrasi tetapi ada hadnya.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama