Isu moral dan Islam
Dalam menilai masalah umat Islam, bukan aspek moraliti/akhlak sahaja yg kita kena lihat dan fikir. Ada masalah lebih besar sebenarnya yg ada dalam kotak pemikiran kita yg bukan sahaja mengakibatkan perkara itu berlaku, tetapi lebih besar lagi ialah ia berlaku dalam keadaan kemunduran kita. Jika ia berlaku dalam kita cukup maju tentu nilainya berbeza.
Bagi saya ada dua aspek dalam kita beragama. Satu agama itu sendiri dan kedua pemahaman kita terhadapnya. Sebaik manapun kita cuba terangkan apa itu Islam, kita tidak akan dapat terangkan rupa Islam yg sebenar2nya.
Agama Islam itu ideal, tetapi kita tidak mungkin dapat menerangkannya dengan tepat. Kita boleh saja mengetahui ajaran2 dan prinsip2 asasnya tetapi kita tak mungkin menjelaskannya secara final. Biar saja saya panggilnya `the undescribable atau the inexhaustive ideal.'
Jadi banyak tentang Islam yg ada pada kita itu adalah Islam yg setakat mana yg kita boleh fahami. Jelasnya ia adalah pemahaman kita terhadap agama, atau interpretasi kita, tetapi bukan agama itu sendiri. Mengikut seorang pemikir Islam agama itu sendiri tidak berubah, tetapi pemahaman kita itu yg sering berubah. Boleh pasang boleh surut menurut perkembangan atau penyusutan ilmu kita. Pemikir itu panggil keadaan itu `the contraction and expansion of religious knowledge'. Kita selalu keliru antara keduanya.
Sebab itu apa2 anjuran perubahan terhadap Islam selalu ditentang atau dipandang dengan rasa syak sebab bagi sebahagian besar kita yg nak diubah itu adalah agama, sedangkan ia mungkin tak lebih drp pemahaman kita terhadap agama itu saja. Jadi pemahaman tentu saja boleh diubah, atau berubah... kan? Yg tak nak berubah sedangkan boleh diubah kepada yg lebih baik itulah yg dinamakan jumud.
Kerendahan moral adalah perkara biasa. Biasa maksud saya ialah ia akan tetap wujud... cuma darjah jumlahnya saja yg menjadi perkiraan. Melakukan maksiat bermakna tidak amalkan suruhan atau larangan agama.
Bagaimana pula dengan kemunduran dan kemiskinan? Rendah ilmu juga adalah kemunduran. Bukankah ia juga suatu bentuk kerendahan moral juga akibat tidak mengamalkan suruhan agama?
Itu juga perlu diberi perhatian, jauh lebih utama daripada soal maksiat. Ia soal maruah dan survival umat. Saya rasa bentuk pemikiran seorang yg rendah moralnya tak banyak bezanya dengan bentuk pemikiran seorang yg selesa dengan kemundurunnya.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama