Mr. Salafo, Mr. Rasio dan Mr. Batino mengenal tuhan.
Pertikaian antara tiga pihak, iaitu i) Mr. Salafo ii) Mr. Rasio dan iii) Mr. Batino tentang Tuhan dan cara untuk mengenaliNya telah berlarutan sekian lama. Setiap daripada mereka mengatakan bahawa setiap yang lain itu tidak berupaya mengenali Tuhan secara sebenar-benarnya menggunakan cara yang lain KECUALI menggunakan caranya sendiri. Kesan daripada itu, ada di antara mereka itu merasa mereka adalah pemegang obor kebenaran mutlak tentang Tuhan dan ketuhanan.
Oleh kerana masing-masing berbangga dengan cara mereka sendiri lalu cenderung untuk memperlekeh cara-cara pihak lain. Maka sikap riak pun timbul dengan mengatakan bahawa cara merekalah yang superior. Lebih malang ada yang menganggap yang lain itu sesat dan menyesatkan. Akibatnya ada kalangan yang merasa rendah diri dan merasa tidak kecukupan iman terhadap Tuhan ini.
Mr. Salafo percaya bahawa iman dan kepercayaan pada Tuhan itu tidak perlu pergi jauh selain percaya dan beriman denganNya saja. Mr. Rasio pula percaya bahawa selain percaya dan beriman, akal dan intelek manusia tentang Tuhan dan ketuhanan juga perlu dipenuhi. Maka mereka pun berfikir-fikir tentang Tuhan dan ketuhanan sehingga akal mereka terpenuhkan. Pada Mr. Batino cara Mr. Salafo dan Mr. Rasio itu tidak sempurna dan inferior kerana hakikat Tuhan dan ketuhanan sebenar hanya mampu diperoleh melalui cara-cara kebatinan.
Lalu berlakulah apa yang saya sebut di atas tadi.
Kehendak dan keupayaan manusia mengenal Tuhan dan ketuhanan adalah berbeza. Ada yang rasa cukup dengan percaya. Ada yang rasa percaya saja tidak memadai kerana akal dan rasional mereka sentiasa mahu mengetahui tentang Tuhan dan ketuhanan. Ada yang rasa batin mereka meronta mahu dipenuhi juga. Dan ada antara mereka mahu ketiga-tiga fakulti itu dipenuhi semuanya sekaligus.
Pada saya ketiga-tiga cara itu adalah valid belaka serta tidak ada yang lebih baik berbandiung yang lain. Ketiga-tiganya setara. Terpulang kepada setiap individu manusia itu untuk memenuhi mana-mana satu, dua atau kesemua fakulti mereka tentang Tuhan dan ketuhanan.
Oleh yang demikian pertikaian antara Mr. Salafo, Mr. Rasio dan Mr. Batino adalah suatu yang sia-sia. Segala tuduhan dan kata-kata nista antara mereka selama ini adalah lahir daripada gejolak nafsu mereka semata-mata. Much ado over nothing kata orang.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama