>

Sunday, May 21, 2006

Shahrir Samad, ahli parlimen, parlimen dan kambing

(Baru-baru ini tindakan Shahrir Samad menyokong usul pembangkang untuk membawa ahli Parlimen Jasin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menjadi isu hangat.

Menyedari akan kesilapannya sebagai ahli Parlimen parti kerajaan (BN), yang terikat dengan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip tertentu, Shahrir telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Kelab Penokong Kerajaan (BBC). Tindakannya itu, menyokong usul tersebut dan meletakkan jawatan, bagi sesetengah orang sebagai suatu tindakan betul dan berani, malah dituntut daripada ahli parlimen yang dianggap sebagai mewakili rakyat dan perlu menjaga kepentingan mereka serta berpegang kepada prinsip-prinsip murni demokrasi.

Dalam sebuah forum siber saya ada menulis sedikit tentang sistem dan prinsip yang menjadi latar kepada peristiwa itu, seperti di bawah ini.)


-------------------------------------------------

Status dan hak ahli2 parlimen di dalam parlimen adalah sama. Mereka dirujuk sebagai wakil kawasan. Antara mereka, mereka panggil satu sama lain guna nama kawasan yang mereka wakili... bukan nama peribadi atau parti mereka. Contohnya mereka panggil Kit Siang sebagai Ipoh Timur atau Wan Azizah sebagai Permatang Pauh.

Parlimen Malaysia guna model Westminster. PM dilantik oleh Agong yang Agong percaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli2 parlimen. Tentulah pemimpin parti majoriti yang akan dilantik. Lalu PM pun tubuhkan kerajaan... yang menjadi cabang eksekutif. PMlah yang akan namakan kabinet dia dengan perkenan Agong.

Jadi di parlimen parti itu dinamakan parti kerajaan. Yang lain jadi pembangkang. Tetapi kedua2 pihak sebenarnya mempunyai kuasa yang sama di dalam parlimen. Pembangkang atau mana2 ahli parlimen individu pun boleh usulkan atau bentangkan sesuatu rang undang2 kalau mereka mahu. Masalahnya cuma dapat sokongan atau tidak.

Mana2 pihak atau ahli boleh usul apa2 saja untuk dibincang di parlimen. Oleh kerana parlimen Malaysia guna model Westminster, maka ia ada sistem whip (cemeti, cambuk, alat sebat untuk sang gembala... Asal mulanya whip memang ada kaitan dengan kambing... hahaha). Dalam sistem ini ia ada seorang ketua (di parlimen Malaysia Najib jadi ketua whip BN, ketua pembangkang Lim Kit Siang). Whip inilah yang akan mengawal pergerakan MP di bawahnya. Kalau dia kata mesti undi untuk usul sekian2, maka semua kena ikut. Mana yang langgar akan kena sebat... contohnya seperti digantung sementara daripada menjadi ahli parti dsbnya. Tapi kalau ketua whip kata untuk sesuatu usul itu masing2 bebas buat pilihan, maka bebaslah mereka sama ada nak sokong atau bangkang sesuatu usul itu.

Kita kena tengok juga MP itu semua mewakili parti masing2. Mereka dipilih berdasarkan parti yang mereka wakili. Maka dalam segala hal mereka memang perlu mendokong dan menyokong parti mereka. Kata orang betul ke, salah ke, kena utamakan atau ikut parti mereka. Pilihan sendiri memang tak boleh kecuali seperti saya kata tadi dibenarkan oleh ketua whip mereka.

Oleh itu jangan expect MP2 akan bertindak ikut fikiran dan kehendak masing2. Mereka mungkin boleh cakap apa saja dalam perbahasan tetapi apabila tiba masa undi usul, mereka semua macam kambing dengan gembala. Kena ikut kawanan mereka dan ikut cakap gembala... Tak ikut kena sebat.

Kalau MP itu menteri atau timbalan menteri pula lagilah dia tak bebas bercakap di Parlimen kerana dia mewakili kerajaan. Dia kena pertahankan kerajaan yang dia wakili. Kes Sothinathan dulu kerana itulah... dia mempertikai keputusan kabinet aka kerajaan di Parlimen. Pprinsipnya kalau kabinet dah buat sesuatu keputusan, dan dia sebagai anggotanya, maka tak kenalah kalau di Parlimen dia ungkit atau komplen pasal keputusan itu. Keluar dari Parlimen boss kabinet aka kerajaan iaitu PM pun sebat dialah. Tak pasal2 kena gantung 3 bulan.

Kalau kita tengok di sebelah pembangkang pun begitu juga. Mereka akan ikut kawanan mereka. Sebab itu berapa kali kita ada tengok MP kerajaan atau pembangkang yang setuju atau sokong usul parti lawan walaupun perkara itu baik untuk rakyat. Kan?

Begitulah sistem dan prinsip yang diamal. Maka jangan salahkan ahli2 parlimen itu sepenuhnya. Mereka melangkah ke Parlimen dengan sebahagian kaki terikat, mata tertutup dan mulut terkunci.

Kita mengundi kambing sebenarnya... hahahah.

0 Ulasan. Terima kasih.

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama