Intelektual Islam gagal
Cendekiawan Islam gagal suburkan tradisi intelektual
07-04-2006 01:10:16 PM
Fathi Aris Omar
KUALA LUMPUR: Cendekiawan gagal memainkan peranan menjelaskan inti pati utama agama sehingga masyarakat lebih cenderung melihat Islam sebagai amalan ibadat dan kurang menghargai tradisi intelektual, jelas seorang pemikir Turki.
"(Sebahagian kegagalan itu) kerana tidak ada kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," kata Profesor Dr Murat Cizakca kepada wartawan selepas menyampaikan ceramahnya 'The Correlation between Democracy and Economic Development' di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam.
Sambil merujuk perkembangan di negaranya sekarang, beliau berkata kesedaran semula Islam di serata dunia sejak 1970-an semakin menitik-beratkan persoalan-persoalan ibadat khusus, kewarakan peribadi, cara berpakaian dan isu halal-haram tetapi kurang memberikan perhatian serius pada pembinaan institusi demokrasi dan pembangunan ekonomi.
Profesor dalam bidang sejarah ekonomi dan perbandingan ketamadunan ini menyarankan kepada umat Islam agar meminjam daripada unsur-unsur positif institusi-institusi demokrasi di negara-negara Barat sebagai asas untuk membangunkan negara yang demokratik dan maju....
Untuk rencana penuh baca di sini
Petola: pada saya apa yg berlaku di Turki tidak banyak bezanya dengan negara kita dan negara2 Islam lain di dunia.
.............................
Jelas menunjukkan apa yg sentiasa bermain di kepala anda berdua hanyalah hal2 akhlak dan moral, kemaksiatan?. heheheh.
Jadi benarlah apa yg dikatakan oleh professor itu tentang arah mana sebenarnya pemikiran umat Islam kini.
Kebangkitan Islam kini pada sayapun banyak menjurus semata2 kepada kesedaran terhadap peri pentingnya hal2 yg berkaitan dengan ibadah dan akhlak. Di mana2 forum siber soal tudung misalnya sentiasa menarik perhatian ramai sehingga perbincangan mengenainya berjela2 panjang?
Berapa banyak agaknya intelektual dan aktivis agama kita, atau kita sendiri yg membicarakan hal2 berkaitan dengan demokrasi dan amalan2 baik demokrasi, atau tentang dasar2 dan sistem ekonomi yg semasa, cabaran2 dunia semasa (selain hak keruntuhan moral) dan lain2 secara berwibawa? Kadang2 penat saya google cari tulisan2 sedemikian dari intelektual Islam Malaysia tetapi hasil yg ada sangat menyedihkan.
Berbalik kepada soal pemikiran kita, kemunduran kita itu mungkin ada kaitan dengan apa yg dipanggil pengkudusan tradisi dan agama? kudus, sesuatu yang tak boleh dipertikaikan lagi. Agama dianggap telah selesai. Islam sudah tidak ada masalah. Kita cuma perlu ikut atau terapkan saja. Kalau menurut Fathi Aris Omar dalam artikelnya `Keluar dari Islam sekarang?', tradisi telah diberhalakan.
Katanya: "Tradisi boleh menjadi berhala, suara kebenaran yang dikuduskan sebagai tidak boleh dipertikaikan lagi. Campur tangan manusia dalam tafsir agama akhirnya ghaib entah ke mana, semuanya diperkirakan sudah beres dan mantap. Semuanya abadi seakan-akan wahyu."
Katanya lagi: "'Mempermasalahkan Islam' bukanlah ungkapan dan kegiatan yang disenangi di Malaysia atau di negara-negara yang konservatif. Di negara-negara konservatif ini, agama dianggap sudah selesai, hanya tunggu kuasa negara dan pelaksanaannya sahaja. Tiada tekad politik yang menyebabkan Islam gagal ditegakkan secara syumul (sepenuhnya) di sini. Masalah Islam bukan kelemahan teori atau isu kecacatan idealisme tetapi halangan di ruang amali. Hanya menunggu masa untuk diterapkan sepenuhnya, atau perlahan-lahan, dalam kerangka Islamisasi negara dan birokrasinya. Inilah paradigma `Islam tanpa masalah'.
Jika ada masalah-masalah baru, kontemporari, kita kembali kepada tradisi. Jawapannya sudah tersedia ada di sini (tradisi) kerana khabarnya `agama itu telah disempurnakan', yang akhirnya membiakkan campur aduk antara wahyu dengan akal manusia (tradisi)."
Fathi kemudian bertanya kenapa ramai orang yang konservatif dan tradisionalis itu bersandar pada tradisi. Jawabnya: "Tersembunyi di sebalik tradisi menyeronokkan dan memberi `rasa aman', rasa `beres' dan `selesai'. Sikap ini sesuai untuk dua jenis manusia sahaja: (a) jahil dan fanatik dengan masa silam, (b) malas membaca, mengkaji, berfikir dan berbahas ilmu-ilmu baru. Fikiran yang tidak bergerak atau tidak luas cedukan pengetahuannya akan berkubu di sini. Kedua-duanya (a) dan (b) saling mempengaruhi antara satu sama lain."
Saya bersetuju dengan Fathi dalam hal ini. Kita perlukan aktivis dan pemikir Islam yg melihat ada Islam lain selain Islam tradisi, Islam yg bermasalah dan yg mengandung kontradiksi dengan realiti dunia. Fathi mengakui adanya aktivis dan pemikir yg sedemikian. Katanya:
"Tetapi tidak semua aktivis dan pemikir Islam melihat agama seperti ini. Ada Islam `yang lain', yang belum tuntas, yang bermasalah, yang menyimpan kontradiksi dan paradoks, dengan realiti manusia hari ini. Wacana-wacana tradisi dijungkir balik, disemak dan dikritik. Agama diusung ke `bengkel idea' atau `makmal wacana'. Proses ini boleh dianggap berfikir dengan niat ijtihad walau mungkin tidak seketat syarat-syarat berijtihad yang lazim difahami."
..........................
Saya tak begitu selesa dengan panggilan2 buruk terhadap ulamak...kecuali yg sah mempunyai niat dan tujuan buruk dalam tindakannya.
Kita semua termasuk ulama2 kita sebenarnya mendokong akidah dan aliran fekah tertentu. Berpusing ke manapun kita, akidah dan aliran itu yg akan mencorakkan pemikiran dan tindakan2 kita. Ia terpahat kuat dalam minda dan kepercayaan kita. Hampir2 tak mungkin kita dapat melepaskan diri daripadanya terutama jika ia telah diindoktrinasikan ke dalam diri kita melalui pendidikan dan penegasan.
Saya ada kata kecondongan teosentrik (ketuhanan) yg ada pada akidah ahlisumah waljamaah yg kita anut berasaskan teologi Asy'ariah diperkuat oleh al-Ghazali dan Imam Syafie dalam perundangan. Maksud akidah teosentrik ialah pandangan dan pemikiran kita terlalu condong ke arah ketuhanan atau meletakkan tuhan (juga kahidupan akhirat) sebagai fokus kehidupan kita sehingga soal2 manusia dan kemanusiaan di dunia ini terpinggir.
Jika fokus akidah itu condong kepada manusia (kehidupan di dunia ini) iaitu yg dipanggil antroposentrik, kita akan percaya bahawa baik buruk hidup di dunia ini kita yg tentukan dan dengan itu kita perlu mengusahakannya. Doktrin sebab akibat menjadi landasan. Buat a akibatnya b. Buat c dapat d... begitu. Hukum alam (sunnatullah) akan diberi perhatian.
Hidup ini pula akan dianggap sebagai pencarian... kita cari dan usaha menggunakan daya akal kita cara2 terbaik untuk menentukan susah senang dan baik buruk kita. Proses itu sentiasa berjalan dan berterusan tanpa henti sampai kiamat.
Secara umumnya itulah yg menjadi pendekatan Barat. Percaya kepada kemampuan diri manusia mengurus hal ehwalnya sendiri tanpa pergantungan melampau kepada Tuhan. Cukuplah Tuhan beri pada kita panduan umum melalui kitabnya. Jika kita percaya pada konsep manusia sebagai khalifah, maka akidah antroposentrik itu sepatutnya yang menjadi pegangan kita.
Saya petik di sini tulisan Drs. Muhammad Azhar mengenai pemikiran al-Ghazali itu, yg sangat dominan di kalangan umat Islam sekarang dan kesannya terhadap pemikiran umat Islam. Katanya:
"...wacana epistemologi keilmuan Islam klasik yang berpola Ghazalian (mazhab Al-Ghazali) kebelakangan ini lebih dominan. Sementara pola Rusydian (mazhab Ibnu Rusyd) yang pernah berjaya di dunia Muslim semakin bermetamorfosis di dunia Barat. Epistemologi keilmuan model Ghazalian berpandangan bahawa segala sebab sesuatu di alam ini tergantung dalam kehendak Tuhan.
Melalui perspektif ini pandangan Al-Ghazali lebih bercorak teologis, bukan antropologis maupun kosmologis. Akibat dari pandangan ini menyebabkan pandangan dunia umat Islam menjadi lebih pasif apabila dibenturkan dengan wacana pengembangan sains yang lebih antroposentrik-kosmologik. Inovasi dan kreativiti keilmuan terhenti. Pandangan epistemologi keilmuan model Ghazalian ini cenderung menjadi "anti-keteraturan" (sunnatullah), di mana hukum-hukum alam yang melahirkan sains menjadi terabai. Pengembangan potensi rasional (akal) manusia mengecil, atau dengan kata lain potensi akal manusia menjadi kurang berfungsi.
Model weltanschauung (worldview, pandangan dunia) Ghazalian ini lebih bersifat dialektis-hipotetis. Segala fenomena alam, moral dan sosial semuanya "terserah" pada Tuhan (jabariyyah-determinism). Pandangan ini cenderung mengarah pada mistisisme, yang sudah barang tentu implikasinya ialah pengabaian temuan sains sosial maupun sains tabii."
................................
Dess,
Kenyataannya dalam Islam 1 campur 1 tidak semestinya 2. Ada yg 3 4 atau 5.
Macam2 interpretasi tentang ajaran Islam yg kita ada. Akidah sendiri pun banyak cabang. Yang bertentangan pun ada. Tafsir dan pemahaman atas Quran sendiri pun berbeza2. Tentang hukum hakam pun berbagai2.
Kepelbagaian ini bukan baru sekarang berlaku, tetapi semenjak kewafatan Nabi sendiri. Sebab itu pada zaman khalifah rasyidin sendiripun banyak peristiwa hitam berlaku.
Perbezaan pendapat dalam banyak perkara sampai menyebabkan peperangan dan pertumpahan darah sesama sendiri. Bekasnya kekal sampai sekarang.
Sepanjang sejarah Islam banyak juga ulama2 yg diseksa dan dihukum, malah dibunuh, bergantung kepada pegangan pemerintah masa itu. Ulamak2 yg digelar sesat dan dihukum kafir pun tak kurang. Guru2 sufi yg masyhur pun ada yg mati dicincang atau dibakar. Buku2 dan tulisan2 yg dibakar dan dimusnahkan tak terkira banyaknya. Saya tak tahu entah berapa banyak sebenarnya korban akibat pertelingkahan itu. Pertelingkahan pemikiran, fahaman dan juga politik yg mengorbankan orang biasa, ulamak2 termasuk khalifah sendiri.
Dalam pemikiran agama pun tak boleh nak cakap kepelbagaiannya. Kajilah pemikiran2 ulamak dahulu... macam2. Walaupun ada istilah jumhur atau ijmak ulamak dalam hal2 fekah, tetapi tak dapat dinafikan kepelbagaian itu memang wujud.
Jadi apabila bercakap tentang Islam, Islam mana yg kau maksudkan dess?
Apabila kita hendak menegakkan Islam, sebenarnya hendak tak hendak kita perlu membuat pilihan antara pemahaman dan pendapat yg banyak itu. Atau memilih saja apa yg telah kita amalkan zaman berzaman. Pilihan kita mungkin yg terbaik, mungkin juga yg terburuk. Semuanya serba mungkin.
Lihat saja pertentangan dan perbezaan aliran, pendapat dan perjuangan perkumpulan2 Islam di seluruh dunia (termasuk parti2 politik) sekarang inipun... macam2 dan masing2 mendakwa sebagai mewakili `Islam yg sebenar'. Bolehkah kita pastikan yg mana satu dess?
Bagi saya hanya orang2 yg menganggap `Islam itu sudah selesai' atau `Islam sudah tiada masalah' saja seperti kata Fathi Aris Omar yg menganggap mereka sedang menegakkan `Islam yg sebenar'. Benarkah begitu?
Sebab itu saya setuju dengan pendapat seorang pemikir Islam yg menyatakan pemikiran umat Islam sebenarnya terhenti di abad pertengahan... tertinggal kira2 seribu tahun di belakang. Tanpa suatu anjakan dan perubahan pemikiran, bahawa Islam itu sebenarnya tidak pernah dan tidak akan selesai...saya tak yakin akan ada perubahan dalam nasib umat islam.
Bukti sejarah seribu tahun bagi saya sudah cukup panjang untuk membuktikan ada yg tak kena pada kita. Tak cukup lagi ke? Perlu ada perubahan pada akidah, pemikiran dan worldview kita. Kebangkitan Islam kini seperti kata profesor itu bukan membebaskan kita, tetapi semakin menarik kita masuk dan jatuh kembali ke tempat yg mengurung nasib kita selama ini.
...................
Bagi saya apa yg anda tulis ini adalah gambaran dan akibat daripada suatu aliran pemikiran yg mendasar lama sebelum itu.
Banyak pengkaji menyatakan bahawa biangnya ada pada teologi Asy'ariah (juga Makturidiah), yg diperkukuh dan dipopularkan oleh Imam al-Ghazali, yg lebih menjurus kepada teosentrik (Ketuhanan) berbanding antroposentrik (kemanusiaan).
Selepas kematian Imam al-Ghazali (1111M) pemikirannya yg berteraskan teologi Imam Asy'ari terus subur dan menjadi anutan sebahagian besar umat Islam selepas itu.
Dalam fekah kaedah Imam Syafie terutama penarafannya terhadap sumber2 hukum dikatakan menyumbang ke arah matinya kemungkinan membuat perubahan2 dalam syariah, yg sebenarnya perlu dan menjadi anjuran dalam Islam.Rasionalisme yg menjadi tunggak kepada pencapaian cemerlang umat Islam terus terpinggir. Pemerintah pula menggunakan kuasanya untuk menyuburkan teologi tersebut dan membunuh yg lain2 mempercepatkan lagi proses peminggiran tersebut.
Walaupun ada percubaan untuk mengembalikan aliran rasionalisme oleh pemikir2 Islam, Ibn Rusyd misalnya melalui kitab2nya, antaranya yg berkaitan dengan falsafah iaitu Tahafut al-Tahafut yg menjawab tulisan al-Ghazali khususnya dalam bukunya Tahafut al-Falasifah, tetapi usaha itu gagal atau digagalkan.Pengaruh teologi teosentrik Asy'ari dan al-Ghazali terlalu kuat.
Barat yg mengkaji ilmu2 Islam akhirnya menerimapakai falsafah2 dan aliran2 yg direject oleh umat Islam contohnya seperti teologi `kebenaran ganda' (wahyu benar, akal juga benar) berasaskan pemikiran Ibn Rusyd (dipanggil averroisme) yg dianjurkan oleh St. Thomas Aquinas, seorang ahli teologi Kristian. Dari situ bermulalah zaman renaissance barat dan kemudian zaman enlightenment yg hasil dan perkembangannya dapat kita lihat sekarang.
Kita selalu bangga kata tamadun Barat terhutang dengan kita. Memang benar. Tetapi Barat menyburkan anak benih yg diambil daripada kita manakalah kita sendiri membunuh pohonnya yg sepatutnya terus subur di laman kita.Salahkah jika ada yg menganjurkan agar kita ambil semula anak benih itu dari Barat dan tanam di laman kita semula? Lagipun asal mulanya dulu dari kita juga... yg pernah kita sendiri rasai nikmatnya.
..........................
Dalam rencana itu disebut:
"Cendekiawan gagal memainkan peranan menjelaskan inti pati utama agama sehingga masyarakat lebih cenderung melihat Islam sebagai amalan ibadat dan kurang menghargai tradisi intelektual, jelas seorang pemikir Turki.
Sambil merujuk perkembangan di negaranya sekarang, beliau berkata kesedaran semula Islam di serata dunia sejak 1970-an semakin menitik-beratkan persoalan-persoalan ibadat khusus, kewarakan peribadi, cara berpakaian dan isu halal-haram tetapi kurang memberikan perhatian serius pada pembinaan institusi demokrasi dan pembangunan ekonomi."
Jadi isu di sini ialah soal orientasi pemikiran. Kecenderungan hanya kepada satu aspek dalam Islam tetapi aspek lain ditinggalkan.
Contohnya aspek pemikiran SIS dan perkara2 yg diperjuangkan, sisi intelektual yg dibawanya, menyuburkan wacana awam dalam semua hal termasuk agama dll. diabaikan. Tetapi yg dipersoalkan tutup aurat tidaknya pendokong SIS.
Jadi memang betullah kata profesor itu. Soal fokus dan orientasi pemikiran yg condong ke satu sisi sahaja.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama