No kissing please, we are Malaysians
Bagaimana kalau kita teliti pendapat Dr. Abdul Aziz Bari, profesor undang2 di UIAM.
Katanya:"Kita harus melihat perkara ini dalam konteks berbeza. Orang Islam dikenakan hukuman mengikut Enakmen Jenayah Syariah kerana melakukan sesuatu yang bertentangan Islam. Bukan Islam tidak dikenakan undang-undang itu. Kita bercakap kes ini dalam soal kesopanan awam yang Islam berhak menanganinya. Di Eropah, kita jangan lupa nilai asas yang digunakan ialah budaya Judeo-Kristian. Ini perkara yang tidak siapa boleh nafikan walaupun mereka sekarang menyatakan adalah masyarakat sekular.
Di Malaysia, apakah salah berdasarkan realiti dan sejarah, Islam digunakan sebagai nilai tunjang masyarakat? Kesopanan awam tidak menafikan hak kebebasan beragama bukan Islam. Kalau undang-undang didakwa bertentangan atau menafikan hak kebebasan beragama, buktikan bercium dan berpegang tangan di khalayak ramai dituntut agama. Tidak timbul soal bukan Islam dikenakan undang-undang seperti orang Islam. Ini soal kesopanan awam yang seharusnya ditentukan Islam dan yang penting tidak menafikan hak mereka. Ini satu perkara yang harus dibezakan kerana sekarang ini ada kecenderungan bahawa pakai skaf, tudung dan songkok, menafikan hak kebebasan beragama. Ini tidak betul kecuali hingga ke tahap meminta orang Sikh membuang serban. Tetapi kalau agama tidak melarang berpakaian atau berkelakuan seperti itu, apa asas menyatakan ini bertentangan dengan Perlembagaan."
..................
braderjoni,
For a start apa yg saya paparkan di atas itu adalah pendapat seorang profesor undang2 perlembagaan. Saya cuma minta kita semua teliti.
Kedua perkara pertama yg perlu anda jelaskan ialah: adakah undang2 moral itu (berkelakuan tidak senonoh di tempat awam misalnya) perlu ada atau tidak?
Kalau perlu (rasanya anda dah jawab ia perlu) persoalan berikutnya ialah apakah dia takrif tidak sesonoh.
Adakah tidak senonoh itu terletak pada perbuatan atau pada orang yg melihatnya.
Contohnya bercium... comolot. Perbuatan ini boleh ditakrif tak sesonoh (haram) kalau ia dilakukan oleh pasangan Islam yg belum berkahwin (baik secara bersembunyi atau secara terbuka). Bagi yg bukan Islam saya tak tahu... mungkin ok dalam agama dan budaya mereka.
Dalam undang2 sedia ada (syariah dan PBT) tidak ada hukuman bagi kesalahan bercomolot. Jadi dari persepsi undang2 ia tidak salah. Nak comolot tak lepas 3 4 jam pun tak jadi masalah. Tak mahu lepas langsung pun ok.
Tapi bagaimana kalau ia dilakukan di tempat awam (walalupun sembunyi belakang pokok?) Di tempat awam ini maksudnya tempat org ramai berkumpul... tempat terbuka... semua org boleh nampak. Org Islam nampak org bukan Islam pun nampak.
Pada saya comolot yg pada asalnya tidak salah tadi telah menjadi perbuatan tidak senonoh... bukan perbuatan itu tetapi pada mata orang awam.
Orang awam itu siapa? Tentulah orang2 biasa di tempat awam... sesiapa saja... Islam dan bukan Islam. Jika dilakukan oleh pasangan Islam ada dua kali salah - salah di sisi agama/budaya dan salah/tak senonoh pada pandangan mata orang Islam sendiri. Jika comolot oleh pasangan bukan Islam mungkin tidak salah di sisi agama/budaya mereka, tetapi tetap salah/tidak senonoh pada pandangan mata org awam Islam dan mungkin juga yg bukan Islam.
Di lihat dari aspek itu saja pun tidak ada salahnya mendakwa pasangan yg bercomolot di tempat awan tadi... sebab tak senonoh pada mata orang Islam dan kebanyakan orang perbuatan itu dilakukan di tempat awam.
Di tempat awam persepsi orang awamlah yg menentukan salah tidaknya.
Itu baru comolot... kalau comolot + ramas + korek + jacking... bayangkan. Ingat... di tempat awam.
Jika sekadar menunjukkan affection antara pasangan tentu tidak akan berlebih2. Jika berlebih2 itu dah kira nak `membinatang'... orang awam pasti terganggu.
Jadi melihat undang2 seperti ini sebagai memaksa nilai dan agama kita pada orang lain adalah kurang tepat atau terlalu overzealous. Sebab itu undang2 itu setahu saya umum saja. Undang2 seperti itu bersandar pada nilai2 awam, yg antara lain tentu bersandar pada agama, budaya dan nilai mereka. Rasa saya undang2 PBT bukan bertujuan agama, tetapi kesopanan awam. Public decency. Saya jika berada di tempat awam mempunyai dan perlukan decency.
Tidak ada dalam satu perkumpulan orang awam yg tidak ada nilai langsung atau valueless. Dalam keadaan `awam' nilai awam terpakai. Jangan expect orang awam pula yg perlu buang nilai2 mereka semata2 kerana nak izinkan atau tolak ansur dengan orang yg nak mengingkari nilai tersebut. Semua kena ikut, kalau langgar boleh terima padah.
Bagi saya kalau sekadar berpegang tangan atau berpeluk atau just quick smacks jika dilakukan oleh org bukan Islam semua org tak kisah. Tetapi apabila lebih2 sangat sampai touches raw nerves org biasa, tindakan boleh dan patut diambil. Orang biasa termasuk orang muda, tua, kanak2 lelaki dan perempuan.
Lagipun pada akhirnya nanti mahkamah juga yg akan tentukan sama ada perbuatan itu patut dihukum.
Saya tak tahu berapa banyak orang bukan Islam yg kena dakwa bawah undang2 itu setahun. 10, 20, 300, 1000? Anda ada statistik? Kalau setakat 2 atau 3 atau baru kes ini saja, itupun mereka lawan habis2, saya rasa pegawai bandaraya tidaklah kemaruk sangat nak menghukum orang.
Kecualilah jika sebaliknya.
Jadi soal memaksa nilai dan suka menghukum oleh satu pihak pada yg lain tidaklah begitu tepat.
.....................
Relaks... relaks... ok?
Niat braderjoni ni baik... hanya keras sikit jer.
Kalau nak kata dia blunt pun buleh juge. Cumanya dia blunt pada sebelah pihak saja... hehehe. Dan pada satu aspek sahaja. Itu tak adillah.
Dia perasan melayu ni banyak buat maksiat sebab perbuatan maksiat itu memang salah dalam agama orang melayu. Tetapi bagi org bukan Islam, org cina misalnya, tidak ada apa yg dikatakan maksiat itu... yg ada mungkin hanya batas2 budaya saja... dan tidak akan ada hukuman bagi perbuatan2 begitu dalam budaya mereka. Paling2 hanya dipandang serong oleh masyarakat mereka. Jadi kita tak perasanlah jika mereka itu buat maksiat... beromen, berseks, tinggal bersama, minum arak bertong2, berjudi, dadah, lacur, dll. Jadi tentulah tidak ada statistik tunjuk mereka buat semua itu sebab menda tu tak salah bawah mana2 undang2 pun.
Melayu bercium ditempat awam pun buleh kena dakwa. Berkhalwat duduk laki pompuan tempat sunyi pun buleh kena dakwa. Jadi banyaklah statistik. Kita nampak mereka buat gitu pun dalam fikiran kita akan kata cehhh maksiat. Tapi cuba kita nampak budak cina buat... kita tak kisah pun. kan?
Hakikatnya semua orang semua bangsa buat maksiat. Cuma bagi mereka, dan bagi sebahagian kita, itu kasih sayang... nikmat hidup. Tak patut larang.
braderjoni setuju dengan pendapat saya yg kita perlu strike a balance antara nilai kita dengan nilai mereka. Malangnya dia cuma nampak nilai kita yg nak menindas nilai mereka. braderjoni tak nampak pulak nilai mereka yg nak tindas nilai kita.
Kalau nak strike a balance, pertama2 kita kenalah tengok dua2 belah... bukan satu belah saja. Dan yg penting kita kena pertahankan nilai kita lebih dari nilai mereka dan mereka pula pertahan nilai mereka lebih dari nilai kita... selepas sorong tarik baru dapat balance.... keputusan seri... takda kalah takda menang. Kalau awal2 kita dah mengalah atau memenangkan mereka, macam braderjoni, itu dah kira walk-over.... malah nampaknya dia asyik tendang bola masuk gol kita sendiri. Kemudian kutuk2 kita pulak tak pandai main. Apa punya jenis main kalau macam tu.....
........................
Saya setuju dengan iscol... public morality perlulah merata... terkena pada semua orang.
Semua sama di bawah undang2 sivil itu. tetapi kalau Islamic morality yg dikuatkuasakan melalui undang2 syariah, itu terpakai pada orang2 Islam sahaja. Orang bukan Islam tak tersentuh oleh undang2 itu.
Orang awam maksudnya semua jenis orang... tidak spesifik pada mana2 kumpulan atau penganut agama. Jadi orang awam ini terdiri daripada mereka yg sangat berpegang teguh pada agama tertentu dengan kepercayaan dan pegangan moral tertentu termasuk yg sangat strict dan tidak boleh bertoleransi dan tentunya juga di sisi lain orang2 yg sangat liberal pegangannya atau tidak mahu terikat dengan apa2 undang2 dalam perlakuan moral mereka.
Tempat awam pula adalah tempat yg mereka semua berhak untuk berada di situ.Dalam keadaan itu tentu ada nilai2 tertentu yg kita kena pegang dan ikut... yg boleh menghormati semua pegangan itu. Maksudnya jalan tengah yg tidak sampai menafikan langsung hak masing2 atau tidak sampai mengganggu orang lain yg strict tadi dalam menikmati tempat awan tersebut dengan perlakuan atau perbuatan2 tertentu.
Dua pendekatan boleh diguna... pertama semua orang tak kira pegangan terima apa saja perlakuan di tempat awam, atau kedua larang perlakuan demikian melalui peraturan dan undang2.
Jalan terbaik ialah yg kedua, tetapi tidak terlalu keras hingga menafikan atau menjejas hak dan nilai pegangan pihak2 lain itu.
Jika saya berada di tempat awam pun saya mahu tidak ada gangguan kepada saya dan keluarga saya dengan perlakuan2 yg saya anggap tidak bersopan seperti bercemolot walaupun dilakukan oleh orang bukan Islam. Toleransi macam manapun saya, sukar sikit untuk saya terima perbuatan seumpama itu di tempat awam.
Jadi orang2 seperti saya perlukan perlindungan daripada gangguan seperti itu. Katakan pandangan saya ini dikongsi bersama oleh kebanyakan orang, maka kami semua perlukan perlindungan yg sama. Jadi undang2 itu adalah caranya untuk mengelak perbuatan seumpama itu menjadi gangguan tegar kepada kami semua.Jelasnya yes... semua orang berhak untuk lakukan apa saja yg mereka fikir mereka nak buat, termasuk bercomolot, tetapi apabila berada di tempat awam di mana kita semua berhak berada, please jangan buat begitu. Itu sahaja.
Melihat kepada jumlah kes yg melibatkan orang bukan Islam, (2 saja kata brader joni, itupun meletup2 bagai halilintar) maka saya berkesimpulan masyarakat Islam sebenarnya sangat bertoleransi, saya ulang... sangat bertoleransi, dalam hal moraliti ini terhadap mereka yg bukan Islam. Jadi tuduhan braderjoni terhadap masyarakat Islam yg dikata memaksa nilai moraliti kita pada orang bukan Islam melalui undang2 PBT dan penguatkuasaannya adalah tidak benar sama sekali.
....................
Dalam apa perkara sekalipun kita cuba untuk strike a balance between all conflicting interests, dengan harapan yg terbaik akan diterima.Tarik menarik ini akan sentiasa berlaku.
Setiap orang yang mewakili suara2 itu perlu diberi peluang seluas2nya untuk menyuarakannya... tetapi adalah salah untuk menutup mulut mana2 pihak.
Pada saya yg menjadi isu dalam perkara ini ialah di mana kita nak letakkan garis sempadan bersama antara semua warga Malaysia yg berbilang kepercayaan itu... Seperti kata aji sudah sampai masanya semua warga Malaysia tertakluk pada undang2 yg sama. Tetapi rasanya tidak mungkin buat masa ini kerana pembahagian antara Islam dan bukan Islam masih lagi tegar. Lagipun itu telah menjadi prinsip utama perlembagaan.
Sempadan itu kena sentiasa di cari dan memang tidak betul sama sekali kalau mana2 pihak telah tetapkan sempadannya sementara pihak yg lain kena ikut saja. Kalau pihak yg terjejas boleh terima dengan senang hati tidak apa juga tetapi bagaimana kalau tidak.
Saya percaya umumnya rakyat Malaysia percaya pada public morality. Kesalahan2 jenayah dalam kanun keseksaan yg juga merupakan public morality telah diterima oleh semua. Beratus2 lagi undang2 yg mengenakan sekatan dan peraturan serta hukuman ada di Malaysia. Tidak ada masalah nampaknya. Jumlah jenis kesalahan dan hukuman saya percaya akan terus bertambah.Tetapi apabila tiba bab kesopanan awam ada timbul masalah. Jadi bagi saya isunya bukanlah besar sangat... iaitu apakah jenis perbuatan yg dikatakan tidak senonoh di tempat awam itu. Berseks rasanya a no no. Beromen sampai terkangkang terkeweh pun gitu gak. Bercomolot sampai jadi beromen pun mungkin a no no. Berpegang tangan dan berciuman mesra? Jadi semakin luas sempadan itu ia semakin kabur... sama ada masuk dalam teritori orang islam atau teritori orang bukan Islam.
Apabila sudah kabur mungkin kita boleh gunakan ukuran antara melampau dengan tidak melampau. Bercium tanda kasih sayang sifat kemanusiaan. Bercium berkasih sayang berlebih2an sampai meluat irang melihatnya itu kebinatangan. Jadi tindakan bagi yg melampau dan berlebih2an sahaja.
Saya setuju dengan aji... undang2 yg terlalu banyak dan terlalu ketat kita tidak boleh bernafas. Tetapi terlalu bebas pula boleh buat kita hilang punca. Jadi seperti kata saya ... we should strive to strike a balance between all conflicting interests. Itulah idealnya.
(btw itu between orang Islam dengan bukan Islam. Bagaimana pula antara orang Islam sendiri? Ini pun suatu masalah juga)
................
aji, bagi akulah undang2 kecil PBT tuh dikhaskan untuk orang2 yg dah dididik tetapi tak makan.... hehehe... untuk org2 yg suka terlajak.
Bagi orang2 yg terdidik, ada undang2 ke takda ke... sama saja.
Ketirisan... hehehe... bahasa vouge tuh... memang sentiasa ada... walau baik macam mana pun pendidikan. Jadi bila ada undang2 it comes handy bila diperlukan. Jika tak ada langsung tercangak2lah kita kalau ada org2 yg buat onar mengganggu org awam di tempat awam tu...
On different note cuba fikirkan ini:
Tempat awam ialah untuk semua org awam, yg mempunyai pelbagai nilai. Kalaulah aku jenis org pakai jilbab, tutup muka nampak mata dua bijik saja, dan tak suka ada menda2 maksiat tuh depan aku..mengganggu.. pening dan menyampah nak muntah tengok menda2 cenggitu, aku berhak berada di tempat awam itu, katalah sebuah taman, tanpa gangguan seperti itu.
Kalau aku jenis tak kisah pulak suka tunjuk affection kat pasangan kau cium comolot raba2 ramas2 pasangan aku bila2 aku rasa sayangggggggg sangat kat pasangan aku, aku pun berhak berada kat tempat itu juga.sekarang hak siapa yg lebih utama dan perlu dipertahankan di tempat awam itu.
Bagi aku hak org yg tak mahu ada gangguan tak senonoh itu yg perlu dipertahankan. Sebab dia tak boleh bawak taman itu ke tempat lain untuk dia nikmati jauh drp gangguan itu. Manakala hak org yg buat tak senonoh itu pula yg perlu dikekang. Bukan dia tak boleh buat tapi tak boleh buat di taman itu sebab ganggu hak ketengan org lain yg tak boleh bawak taman itu pergi tempat lain sedangkan dia boleh bawak perbutan dia itu ke tempat lain.
Jadi bagi saya undang2 seperti itu perlu. Keras atau tidak itu isu lain dah.
....................
Sebab itu saya kata aji, semakin luas interpretasi perbuatan tak senonoh itu semakin kabur ia.
Garisan itu tidak tahu di mana letaknya. Seks tempat awan macam saya kata tentu no no. Comolot raba meraba sampai terkeweh2 camna? comolot semata pulak camna. Cium2 peluk sayang pulak camna.... akhirnya pegang tangan pulak camna... last2 jalan rapat2 pulak camna...
Jadi jenis perbuatan itu juga kenalah difikirkan.
Kalaulah tidak ada undang2 seumpama itu langsung apa akibatnya. Ya, memang kebanyakan orang akan abide nilai2 umum.. tak payah ada undang2 pun mereka takkan buat menda2 itu. Malu, segan atau kerana memikirkan sensitiviti org lain boleh menjadi halangan semulajadi bagi kebanyakan kita.
Tetapi bagaimana pula kalau ada yg buat dan ada pula yg anggap sebab tidak ada undang2 maka no barrier untuk perlakuan mereka. Jadi kemungkinan yg terlajak atau sengaja melajak itu tetap ada... malah dalam keadaan ada larangan pun mereka terlajak juga. Kita tak boleh nak gunakan sanction semulajadi orang awam seperti teguran atau kejian semata2. Mesti ada yg rasmi yg boleh digunakan apabila sesuatu itu sudah melampau dan menjadi gangguan.
Bagi saya ini bukan semata2 soal memaksa nilai pihak berkuasa kepada orang lain. It can go both ways... yg menentang nilai2 awam tertentu pun boleh berlaku juga. Seorang yg bercomolot di tempat awam jelas, atas alasan tiada larangan dalam agama dan buadaya mereka, atau itu adalah normal bagi mereka, memaksakan secara pasif nilai mereka kepada orang lain supaya menerima seadanya. Memaksa dan menerima secara pasif... iaitu bukan suruh orang lain ikut tetapi suruh orang lain toleransi terhadapnya. Itu juga suatu jenis paksaan sebenarnya.
Jadi kalau penguatkuasa itu terdiri drp orang2 Islam, maka tendensi untuk mereka mengenakan nilai mereka tetap ada. Bagaimana pula kalau penguatkuasa itu bukan orang Islam... mereka mungkin akan menggunakan nilai mereka dan bercomolot di tempat awam tentu saja akan dibiarkan.Dalam keadaan ini maka hanya satu jalan saja yg boleh mengatasinya... senaraikan jenis2 perbuatan yg dianggap tak senonoh itu, walaupun ini pun akan mengundang masalah juga.
Saya tak begitu setuju jika sesuatu undang2 itu dibuat dengan mengambil kira kemungkinan2 penguatkuasa akan rasuah, salahguna kuasa dll. Itu adalah isu lain dan perlu diselesaikan dengan kaedah lain... contohnya dengan kaedah2 penguatkuasaan yg digubal khusus. Bukan inherent di dalam undang2 itu.
Satu hakikat yg tak boleh kita nafikan ialah selama ini undang2 PBT itu jarang dikenakan kepada orang2 bukan Islam. Sama ada mereka berkelakuan baik sebab undang2 itu atau tidak, atau itu merupakan suatu penerimaan, ataupun mereka senyap tetapi protes saya tidak pasti. Tetapi satu yg saya pasti... penguatkuasaannya sangat lembut dan sangat liberal. Kalau kita nak kata penguatkuasa tak buat kerja pun ok jugak... tetapi hakikatnya tetap sama... orang bukan Islam hampir tidak pernah didakwa bawah undang2 itu. So kerana ada satu dua yg kena lalu kita nak marah2 dan kutuk diri sendiri atau libas semua org yang tak berkaitan sampai tahap menghina itu bagi saya dah kira over doinglah.
Our anger should commensurate with the causelah.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama