Forum: Teologi pluralis
Dalam sebuah forum siber saya ada menulis tentang teologi pluralis, dan menerima banyak respons. Saya letakkan di sini sebahagian kecil daripada perbincangan tersebut. Saya namakan saja peserta forum yang berkenaan sebagai vetto, astro dan fatho. Sementara saya adalah … well petola.
------------------------------
petola:
Salam semua.
Pada masa ini terdapat kecenderungan di kalangan sebahagian orang Islam (juga penganut agama-agama lain) terhadap teologi pluralis, yang melihat agama-agama lain dibanding dengan agamanya sendiri dalam rumusan seperti berikut:
`other religions are equally valid ways to the same truth, Other religions speak of different but equally valid truths'.
Jelasnya, penganut teologi pluralis meyakini bahwa 'semua agama memiliki tujuan yang sama'.
Dalam istilah lain, teologi pluralis dirumuskan sebagai 'satu Tuhan, dalam banyak jalan’.
Teologi pluralis menolak fahaman eksklusivisme, sebab dalam eksklusivisme itu dikatakan ada kecenderungan menindas agama lain.
Teologi eksklusif ini disimpulkan sebagai pandangan yang menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan, iaitu agama mereka sendiri. Eksklusivisme juga dikatakan mempunyai kecenderungan untuk fanatik, dogmatik, dan autoritarian.
Mudahnya dirumuskan bahawa untuk membina keharmonian penganut pelbagai agama, maka seorang Muslim - dan pemeluk agama-agama lain - harus menghindarkan sikap fanatik, dogmatik, dan authoritarian, yang menganggap bahawa hanya agama yang dipeluknya saja yang benar. Dengan itu pemeluk sesuatu agama harus menganut teologi pluralis, yang meyakini bahawa agama lain juga benar, yang berbeza hanya caranya saja. Tapi, tujuannya adalah sama.
Jadi teman-teman, bagaimana kita harus menyikapi perkara ini.
vetto:
Kesimpulan saya:
1. Kita tidak berhak memaksa orang2 kafir mengikut Islam, dan begitu juga mereka tidak berhak memaksa kita mengikut ugama mereka.
2. Hanya satu cara saja dapat menyatukan orang2 Islam dan Kafir iaitu dengan toleransi.
astro:
Istilah teologi pluralis kurang tepat.
Dalam al-Quran sendiri menyebut kita pada mulanya satu agama. kemudian berpecah kepada beberapa agama.
Dalam al-Quran juga menyebut bahawa Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman dan lain-lain adalah Muslim dalam erti kata menyerah diri kepada Allah.
Dengan itu ulama kaji agama berkata, semua agama para nabi dan rasul terdahulu adalah agama Islam (umum) dan agama yang dibawa Nabi Muhammad sebagai kesinambungan kepada semua agama adalah Al-Islam (khusus).
fatho:
Saya fikir ... ada unsur 'berlebihan' dalam melihat pluralisme dan agama di sini. Teologi pluralis? Pluralisme teologi?
Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga apakah penting persoalan "benar dan tidak benar" dalam teologi (antara agama-agama) berbanding (sekadar misal) kerukunan hidup sesama manusia.
Kalau kita gantikan penekanan (emphasis) persoalan ini kepada teologi humanis -- bagaimana? Atau buang sahaja kata teologi dan kita ubah sedikit kepada 'agama yang humanis' -- bagaimana persoalan ini?
Jika kita berfikir secara liberal, rasional dan kritis (maksudnya: dengan 'menggantungkan' ideologi/agama masing-masing buat sementara waktu) -- apakah yang sesuatu masyarakat mahu dalam hidup ini?
(a) kebenaran agama masing-masing? atau ...
(b) kebebasan, keadilan sosial, hak sama rata, layanan yang manusiawi dan kerukunan hidup (kolektif)?
Saya kadang-kadang berasa 'rimas' pada persoalan mencari kebenaran dalam agama masing-masing [aspek (a) di atas] kerana persoalan (b) terlalu jauh tertinggal di belakang.
Agama atau tidak beragama --- manusia menjadi pemikir2 yang bohong apabila martabat insan jatuh merudum di bawah kejahilan (buta huruf), kemelaratan hidup, anak-anak kecil dan wanita terbiar, penyakit, kekejian sistem sosial ...
Sekadar refleksi kita bersama di sini... Apa erti agama? Apa erti rasionaliti jika kita gagal mencapai persoalan (b) yang saya sebut di atas?
Lihat di Palestin, dua agama samawi (semitik) berperang tidak henti-henti tanpa jalan penyelesaian (nampaknya). Di Maluku dan Ambon, dua agama samawi lagi berperang dan menjadikan wilayah itu tidak aman?
Agama apa ini? Lebih baik tanpa agama kalau begitu, bukan begitu?
vetto:
Jadi sepatutnya (a) dan (b) tiada konflik. Masyarakat memang mahukan (a) dan (b) tetapi itu tidak mencukupi. Ini adalah kerana sekelompok individu dlm masyarakat mempunyai (c) nafsu materialistik melampaui batas (contoh: tamak duit, tamak kuasa, tamak pengaruh) yang mampu mengganggu keharmonian manusia dan umat.
Bagi saya, orang2 tamak inilah yang sebenarnya "sesat dan murtad"…
fatho:
Petola, saya sering ragu-ragu dan bimbang pada kecenderungan beragama, khususnya dengan menguatnya (kembali) fundamentalisme** pada kelompok agama, termasuk Kristian, Yahudi dan Hindu. Gejala selepas 11 September (2001), atau apa yang disebut-sebut 'perang lawan keganasan', telah menyemarakkan arus politik sayap kanan di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, wilayah yang bersarang liberalisme politik dan demokrasi.
Saya sudah beberapa kali diberitahu oleh Ulil Abshar-Abdalla, penggerak Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Katanya, sudah sampai masanya dia berterus terang dengan sejenis "hipokrasi (kemunafikan) dalam beragama".
Ceritanya kepada kami, termasuk beberapa aktivis Kristian (liberal?) dan penggiat dialog antara-agama, semua kelompok agama senang jika ada aliran liberal dalam agama lain tetapi tidak senang jika kumpulan itu wujud dalam agamanya sendiri.
Ulil bercerita lagi, dia sering diundang menyampaikan ceramah atau berdialog dengan kumpulan penganut Kristian. Mereka (Kristian) ini suka kepada aliran Islam Liberal tetapi tidak senang jika ada Kristian Liberal (di Indonesia).
Teman-teman Ulil yang (Islam) fundamentalis, tradisionalis atau konservatif juga begitu. Mereka senang jika ada penganut Kristian yang liberal atau penganut Hindu yang liberal tetapi tidak senang jika orang Islam sendiri liberal!
Cerita Ulil lagi -- dia harus berterus-terang dengan masyarakat Kristian (di Indonesia) bahawa prasangka, dogmatisme dan fanatisme agama tidak akan selesai (atau tambah memburuk) jika masing-masing agama sedang menuju ke arah fundamentalisme.
Jadi, rupa-rupanya ada rahmat juga jika berkembangnya manusia-manusia liberal di tengah-tengah persaingan agama yang tajam dan memporak-perandakan seperti perang di Maluku dan Ambon (pulau-pulau di timur Sulawesi).
Sekali lagi Petola, apa erti agama dalam penghayatan harian kita? Apa ertinya dalam kehidupan bersama kita?
Nampaknya semakin sedar (kembali) sesuatu kumpulan manusia dan menguatkan pegangan agama masing-masing, semakin "tidak aman" proses kerukunan hidup bersama (kolektif).
What's wrong with religion nowadays? Why are we with God, while other people we see with the devils? Or, more fundamentally put, why has God left us alone?
3 Ulasan. Terima kasih.
[url=http://jewellerybagp.info/14k_yellow_gold_floral_engraved_bangle_price.html]14k yellow gold[/url] this forum has got good design keep it up.
good forum buddy keep it up. [url=http://nicewaterheater.info/bretzville-seisco-tankless-water-heater-reviews.html]seisco tankless water heater reviews[/url]
this forum has got good design keep it up. [url=http://palogaragedoor.info/glenhaven_fix_metal_garage_door_rubber_weather_strip.html]fix metal garage door rubber weather strip[/url]
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama