Murtad (lagi?)
Di mana-mana forum siber yang ada penyertaan orang Islam, khususnya di Malaysia, isu murtad tidak pernah terlepas daripada diperbincangkan.
Contohnya di sini atau di sini juga di sini
Aspek besar yang selalu menjadi bahan perbincangan ialah kegagalan kerajaan dalam menangani masalah ini. Gagal dalam memberi pendidikan agama secukupnya, gagal mengawal kegiatan penyebaran agama lain kepada orang Islam dan yang paling sering ditimbulkan ialah kegagalan kerajaan menyediakan undang-undang secukupnya untuk mencegah (menghukum) orang murtad.
Dalam carian saya di net sukar sekali untuk berjumpa tulisan yang membincangkan mengapa dan bagaimana seseorang Islam itu murtad, yang disokong dengan kajian-kajian dan bukti-bukti empirikal. Malah hampir tidak ada tulisan mengenai orang-orang murtad yang dikaji dan dinilai dari sudut psikologi.
Tetapi hasil carian mengenai `religious conversion' iaitu pertukaran di antara sekte/mazhab atau ke agama lain di kalangan penganut kristian memang banyak.
Dalam memahami masalah pertukaran agama atau conversion ini saya telah membaca satu artikel oleh seorang ahli psikologi Lewis Rambo yang bertajuk `The Psychology of Religious Coversion’.
Kata Rambo:
"Converts are passionate,…in many cases, arrogant. They have the truth. They know exactly what should be done, or should not be done. Therefore, the issue of conversion is a very controversial topic, because quite often it does in fact disrupt peoples’ lives. It does disrupt families…. it is disruptive."
Apakah perubahan yang berlaku apabila seseorang itu bertukar agama? Kesimpulan Rambo ialah:
1. changing to a new religious orientation takes place through what the sociologists call kinship and friendship networks of one sort or another.
2. what is very clear is that virtually all religious groups emphasize the importance of relationships with the leader of the group, and with members of the group. One of the things that is very striking is enormous affection.
3. the way in which they interpret life—their rhetoric—changes.
4. changes is the notion of role….they have a new perception of themselves that often empowers them to do things, to believe things, and to feel things that they have not have been able to prior to that time.
5. their life has been made better, psychologically speaking.
6. converts temporarily regress, psychologically speaking, but as they are involved in a group over a longer period of time, through the structure of the group, through new disciplines, through new behaviors and so forth, they shape a new personhood.
Rambo juga menjelaskan yang kepercayaan atau iman selalunya datang kemudian. Beliefs came later. Praktis dan ritual agama datang atau diamalkan lebih dahulu.
Walau apapun turutannya, saya percaya terdapat pemisahan yang jelas antara belief atau faith (kepercayaan/iman) dengan akal rasional/reason.
Dalam tradisi Islam, ada golongan yang percaya bahawa iman itu semata-mata percaya. Ia tidak perlu disokong oleh akal rasional. Jelasnya iman itu adalah percaya semata-mata… percaya sungguh-sungguh tanpa ada keraguan. Sebab itu golongan ini menganggap kerja ahli-ahli falsafah dan para mutakallimun tidak ada faedahnya. Malah boleh mengganggu dan merosak iman.
Ahli-ahli falsafah Barat pun umumnya berpendapat begitu. If I belief, I belief and nothing more. No need for reason to belief. Immenual Kant yang terkenal dengan `first philisophy’nya (iaitu tulisannya `Critique of Pure Reason’) pun kata begitu walaupun bukan membawa maksud akal rasional/reason tidak penting. Maksudnya akal atau reason itu ada wilayahnya yang tersendiri. Kita boleh tarik akal setinggi mana kita mahu tetapi apabila kita hendak percaya sesuatu, percaya kepada Tuhan contohnya, kita tidak perlukan reason. Banyak manapun kita dapat buktikan kewujudan Tuhan secara rasional, tetapi untuk percaya kita percaya begitu-begitu saja.
Tidak perlu alasan atau bukti untuk mempercayai. Apa yang perlu dibuat ialah kita lonjakkan akal kita supaya masuk ke wilayah percaya. Belief is beyond reason kata mereka. Malah orang boleh percaya tanpa ada alasan apa-apapun pun. Bolehlah dikatakan yang kepercayaan adalah sesuatu yang statik. Iman yang dikatakan boleh menguat atau berkurang itu sebenarnya ialah tahap intensiti hubungan kita dengan tuhan dan amalan-amalan keagamaan kita. Hubungan ini boleh menguat dan mengendur.
Kierkegaard, salah seorang penganut falsafah `religous existentialism’ pun berpendapat hamper serupa seperti Kant. Malah katanya kita kena buat suatu lonjakan besar (big leap) untuk masuki wilayah percaya (belief). Bagi Kierkegaard akal kita ini boleh menerobos sampai ke peringkat sangat tinggi dan dengan itu untuk percaya kita kena buat suatu lonjakan besar. Baginya percaya itu adalah sesuatu yang tak rasional atau irrational, suatu wilayah asing yang terpencil, bukan setakat beyond reason saja.
Saya ada tulis sedikit mengenai perkara ini di dalam posting saya di sini di bawah tajuk `Faith - the shootouts'.
Berdasarkan itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau seseorang itu bertukar agama, ia bukan bermula dengan percaya dahulu kemudian baru amalan/practicenya, tetapi ia bermula dengan amalan/practice dahulu, yang ada pada peringkat pemikiran atau akal rasional/reason, kemudian barulah masuk peringkat percaya.
Jelasnya seseorang convert bermula dengan melihat perkara-perkara yang nyata dulu, kemudian ajaran-ajaran dan amalan-amalan atau praktis yang diterima akal rasional dan setelah semua itu dipuaskan barulah dia masuk wilayah percaya. Dengan itu yang mempengaruhinya adalah perkara-perkara fizikal, bukan metafizikal, yang nyata bukan yang ghaib.
Enam sebab atau ciri yang dinyatakan oleh Rambo di atas itu semuanya adalah perkara-perkara fizikal seperti interaksi manusia dan perlakuan diri. Tidak ada satupun yang berasaskan kepada belief/kepercayaan.
Dari situ rasanya kita sudah boleh mentelah arah tindakan kita bagi menghalang berlakunya murtad, juga menarik orang lain masuk ke agama Islam.
0 Ulasan. Terima kasih.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama