>

Saturday, May 27, 2006

Perkahwinan misyar

Beberapa hari ini isu perkahwinan misyar hangat juga diperkatakan, di akhbar dan di forum-forum siber. Ada orang kata isu ini ditimbulkan sebagai suatu kaedah untuk mengalihkan fikiran rakyat dari isu kenaikan tarif elektrik bermula Jun 2006 ini.

Mungkin juga.

But setting that aside, perkahwinan misyar bermaksud suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri.

Perkahwinan seumpama ini dikatakan banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab.

Beberapa ulama berpendapat nikah misyar adalah harus dan sah. Mereka membenarkan amalan tersebut demi maslahat umum berdasarkan situasi berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.

Kita umumnya melihat perkahwinan sebagai lelaki mengahwini perempuan, bukan perempuan mengahwini lelaki atau lelaki dan perempuan sama-sama setuju berkawin.

Berikutan itu kita lihat perkahwinan sebagai tanggungjawab dan hak lelaki. Prinsip yang dipakai ialah nafkah diberi (oleh lelaki) dan sebagai ganti ketaatan dituntut (daripada perempuan).

Di sesetengah negara Islam, Maghribi contohnya, konsep itu sudah berubah. Perkahwinan adalah persetujuan atau perjanjian antara dua pihak, iaitu lelaki dan prempuan, yang setara. Tidak ada pihak yang lebih tinggi atau dominant daripada yang lain. Perkahwinan diasaskan kepada prinsip persetujuan antara lelaki dan perempuan. Masing-masing berhak menentukan syarat-syarat perkahwinan yang mereka masuki.

Oleh itu jika diubah sedikit persepsi kita terhadap perkahwinan, maka misyar pada saya bukanlah suatu masalah besar.

Mereka yang tidak bersetuju umumnya masih memandang perkahwinan daripada perspektif lelaki... ataupun man-centric. Jika diubah perpektif itu kepada perspektif perempuan atau women-centric, maka ia adalah merupakan suatu kebebasan kepada wanita. Kebebasan berkahwin dalam bentuk yang mereka sendiri pilih atau kehendaki, termasuk melepaskan haknya terhadap nafkah zahir yang selama ini menjadi default- setting dalam perkahwinan tradisi.

Jadi perkahwinan misyar ini adalah suatu bentuk imansipasi wanita, women imansipation.

Ada orang beranggapan bahawa apabila disebut nafkah batin yang tergambar dalam fikiran adalah seks sahaja. Ia lebih daripada itu. Ia termasuk companionship, kasih sayang, sokongan moral dan psikologi, batu membantu dan semua perkara yang bukan berbentuk material.

Jadi material atau nafkah zahir itu hanyalah satu aspek sahaja daripada sekian banyak aspek dalam perkahwinan.

Pada saya bukan masalah jika siperempuan sendiri yang menidakkan atau menolak haknya terhadap nafkah zahir dalam perkahwinan itu. Mereka tidak perlukannya daripada suami dan dengan itu melepaskan tanggungjawab suami dalam hal itu. Sebagai ganti mereka mendapat suatu perkahwinan. Tidaklah adil jika kerana itu kita mengatakan siperempuan itu kemaruk seks walaupun seks adalah satu aspek perkahwinan.

Perkahwinan misyar boleh menyelesaikan masalah perempuan yang berkemampuan dari segi zahir tetapi tidak berpeluang berkahwin kerana halangan-halangan agama, budaya dan sosial.

0 Ulasan. Terima kasih.

Post a Comment

Kembali ke Muka Utama