Bencana alam dan teologi apokaliptik
Bencana alam seperti gempa bumi atau letupan gunung berapi ada dua rupa: pertama rupa alam.. yang boleh diketahui dan difahami melalui ilmu/sains.
Contohnya kejadian gempa bumi sebenarnya berlaku pada setiap masa. Lebih satu juta kejadian gempa pelbagai skala berlaku dan direkod setiap tahun.
Gempa yang tidak mengakibatkan kehilangan nyawa manusia akan sentiasa dilihat sebagai rupa pertama ini, rupa alam... walau seteruk manapun kesannya kepada alam dan kehidupan manusia. Ia akan hanya dianggap sebagai fenomena biasa alam.
Tetapi cuba jika gempa bumi mengakibatkan kehilangan nyawa manusia, terutama yang besar dan banyak seperti yang berlaku di Indonesia baru-baru ini, maka ia akan masuk dalam rupa kedua, iaitu rupa apokaliptik (kiamat).
Rupa kedua ini masuk wilayah agama dan kepercayaan, khususnya tentang tuhan dan kuasaNya. Di sini ia melibatkan teologi apokaliptik.
Tafsirannya akan mula berbeza... tuhan dan kuasaNya menjadi sentral, kerana ia telah menyangkut hal kewujudan dan kesedaran manusia sendiri.
Tetapi tafsiran kita tetap bebas mengikut apa yang mahu kita percayai.
Bencana itu kemudian boleh saja dianggap sebagai hukuman atau balasan tuhan atas dosa dan kelalaian manusia. Atau lebih lunak sekadar peringatan tuhan kepada manusia.
Tetapi semua sekadar tanggapan.. tidak akan ada kepastian... walau sekuat dan sebanyak manaupun bukti dihidang, kerana itu tidak mungkin.
Makna dan tafsirannya yang betul pada saya ialah apa yang setiap individu yang masih hidup (sama ada yang terlibat langsung atau tidak dalam bencana itu) mahu tafsirkan, yang akhirnya memungkin ia lebih sedar dan insaf... atau tidak belajar apa-apa.
Jadi tidak perlulah kita memberi tafsiran dan makna spesifik kepada sesuatu bencana alam itu... kerana maknanya yang sebenar ada dalam diri kita sendiri.
3 Ulasan. Terima kasih.
Apa kata Jurgen Habermas tentang intelektual? Lihat (format PDF)http://homepage.mac.com/gedavis/JH/Kyoto_lecture_Nov_2004.pdf
Ulama gesa 'kongsi raya' dan rumah terbuka dikaji semula
IPOH, 13 Jun (Bernama): Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di sini meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
"Perkara ini (keputusan Jawatankuasa Fatwa) bagaimanapun masih dalam bentuk penulisan dan belum lagi diserahkan kepada kerajaan untuk tindakan," katanya pada majlis penutupan muzakarah berkenaan di sini hari ini.
Muzakarah itu turut merumuskan 22 resolusi lain yang akan diserahkan kepada Sultan Perak, kerajaan negeri, kerajaan pusat serta Majlis Raja-raja.
Harussani, yang juga Mufti Perak, berkata antara resolusi yang diluluskan ialah meminta semua majlis fatwa negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khusus bagi menangkis sebarang hujah penganut fahaman liberalisme dan pluralisme yang menyerang akidah umat Islam.
Kerajaan juga diminta menubuhkan badan pemantau dianggotai ahli akademik dan ulama bagi menyekat penyebaran fahaman Islam liberal terutama menerusi internet.
"Saya juga difahamkan pengikut fahaman Islam liberal sedang menunggu resolusi ini supaya mereka dapat merangka strategi baru bagi menyerang balik keputusan ini," kata Harussani.
Muzakarah itu juga mencadangkan dialog diadakan melibatkan pelbagai pihak termasuk pengikut aliran Islam liberal dan agama lain untuk membetulkan salah tafsiran mengenai agama Islam serta memahami pandangan penganut agama lain. BERNAMA
Bencana alam itu, adakah dari Kun Fayakun atau Proses Alam? Pendapat saya, jika Al Ghazali masih hidup akan dikata Kun Fayakun. Namun jika Ibnu Rusyd masih ada maka akan dikata Proses alam. Beza ahli tekstual dan ahli contextual. Beza pemikiran syariat dan hakikat. Selanjutnya kita boleh menbahagi proses penciptaan itu kepada Alam kecil dan Alam besar. Contoh micronya sahajalah, bila mau dihurai direason tentang penciptaan Hawa itu sendiri sudah amat rumit. Kata ahli tekstual, oh Hawa ini tentu dari sulbi Adam, dijadikan lewat Kun Fayakun saat Adam lagi ketiduran. Tapi ahli contekstual akan mengatakan sulbi itu pada zaman sekarang akan merujuk kepada kelainan genetik atau proses alam kepada Adam itu sendiri. Ya mungkin sulit sehingga tak bisa saya hurai lebih lanjut di sini.
Post a Comment
Kembali ke Muka Utama